Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Monday, April 29, 2013

Berwajah Baru

Apa khabar semua, semoga sihat semuanya. Hari ini Faris telah pun decide untuk edit blog Faris ni dan telah pun siap edit blog (Bukan sepenuhnya lagi). Sekarang ni masih lagi tengah tengah pikir apa lagi yang perlu dimasukkan dalam blog ye. Lama jugak tak edit blog ni. Tambahan pulak customize HTML itu pun dah berupdate yang baru. Jadi susahlah sikit nak edit edit ni. Jom kita bandingkan yang mana lebih cool lagi.



Sebelum.....



Header





Copyright



Selepas.....


Header




Copyright




Mintak maaf ah sebab Faris tak dapat nak tunjuk rupa bog sebelum diedit. Nasib baik ada lagi header dan copyright dari tema lama. Entry ni pun tak dirancang. So, pada pandangan anda yang manakah lagi cool setelah tengok gambar tadi? Anda sendiri sahaja yangdapat menentukan. Jadi,.Setakat inilah dulu untuk malam ini. Nak terus sambung mengedit blog sampai puas hati. Eh ! dah post seratus kali dah. Hahahahahaha... 
Assaamulaikum......




Monday, April 8, 2013

Detik Sebelum Habis Exam

Salam,



Tengah buat apa tengah malam ni. Masih belum tidur lagi ke. Yang masih sekolah tu patutnya dah tidur nyenyak dah sekarang. Kan esok hari sekolah. Jangan buat macam Faris ni. Menatang-mentang dah lama habis sekolah. Enak je tidur lambat. Hehehehe. Itu Faris punya kerja la. Jangan cuba nak sibuk ye. Anyways, sejak dua minggu yang lalu ni sebenarnya dah masuk minggu exam. Sebab itu Faris rilek je tidur lewat. Ye la waktu exam kan ada gap dalam dua tiga hari macam tu. Sekarang ni dah masuk minggu yang ketiga dan minggu terakhir exam untuk Faris. Tinggal dua subjek saja lagi. Lepas habis kedua dua subjek itu, maknanya tamat lah jua semester dua di Universiti Teknologi Mara Machang. Semester tiga akan Faris jumpa dalam dua bulan lagi. Hahahaha. Lamanya cuti. Tak sabar pulak tunggu detik. Tahan jer dulu. Dah tinggal beberapa hari saja lagi. By the way, dua subjek yang last itu cuma subjek yang melibatkan penguraan je ada la jugak selit sikit soalan logik. Jadi Faris perlu tahu kaedah nak guna formula dan juga format pengiraan saja. Jadi doakan yang terbaik pada Faris untuk tempuhi exam ni. Semoga Faris dapat pulak result exam yang memuaskan hati. Amin...



Ada sesiapa yang tengok ABPBH tadi. Faris bukak la jugak televisyen nak tengok ABPBH tu. Last last tak tengok pun. Tengah asyik main lappy saja. Hahahaha. Anyway, Tahniah kepada Shaheizy Sam yang telah menjuarai Anugerah Bintang Paling Popular BH 2012. Buat dua kali berturut-turut, beliau telah memenangi gelaran juara tersebut. Tahniah sekali lagi diucapkan.

Okay la, setakat inilah dulu. Faris dah ketandusan idea nak menaip ni. Lain kali pulak ye. Yang dah start menguap dan mengantok tu cepat-cepat la cari bantal anda unutk tidur then light off. Hehehe. Have a nice sleep and have a good day tomorow and Good Night.






Thursday, October 18, 2012

Release Tension

Assalamualaikum semua,

Malam tetiba rasa macam post sikit. Nak cakap yang ini saja, Sebenarnya hari ini iaitu pagi tadi ada exam yang merupakan exam last. Dah la subjek killer pulak tu. Seharian baca buku, hampir nak pening nak buatnya. Hanya baca sahaja tak sempat nak hafal sebab banyak sangat nak kena baca. Itu la, nama lagi study "Last Minute" Jadi inilah hasilnya, "last minute" jugak. Agak-agak orang lain macam mana ye. By the way exam pun sudah berakhir. Hoooraay!! Ni baru sem 1. Belum lagi sem 6. Wuahahaha....

Jadi malam ni nak release tension dan menikmati hidup buat sementara waktu. Pasal result itu tengok saja la. Sama ada baik atau buruk. Redha je, nak buat macam mana. Mungkin bukan peluang untuk maju lagi.


Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya

Betul tak?Now,lets enjoy our life... Selamat bercuti la kepada yang sedang bercuti... Hehehehe.. 




Friday, July 27, 2012

Life in UiTM #1

[Hello]

Lama dah aku tak post dalam blog ni (Dah banyak kali dah cakap benda yang sama). Hehehehehehe. Sekarang ni dah masuk minggu ke lapan kalau tak silap aku berada di UiTM Kelantan. Tmbahan pula sudah seminggu berpuasa di sini. Memang banyak dugaan jugak la bila berpuasa sendiri ni. Kadang-kadang sahur pun tak sempat. Kesian. Ish ish ish. Setakat ini boleh saja tahan walaupun tak sempat nak sahur. Nak sahur macam mana kalau nak bagun pun susah. Hahahahaha.

Actually, minggu ni penuh dengan test (sekadar nak merungut saja). Kalau minggu lepas pun dah lepas satu test. Itu pun nasib baik subjek yang boleh tahan saja. Plus, selalu saja ada kelas ganti untuk subjek tersebut. Test untuk petang tadi pun OK sahaja sebab masih fresh lagi apa yang diajar(baru belajar sahaja minggu itu). Alhamdulillah sebab dapat tahu jugak sedikit basic tentang subjek itu. 

Yang merisaukan aku ni untuk test subjek esok. Sebab subjek ini menitikberatkan pasal komputer dan macam-mcam lagi. Jadi bukunya pun tebal jugak (memang tebal pun). Satu chapter itu sampai 40 mukasurat nak boleh habiskan. Memang tak larat la nak baca. Lagi la kalau nak menghafal. KO terus. Stress, sungguh bila pergi ke subjek ni. Bila tengok saja. Terus pasrah. Hahahahaha. Nampak sanagat tahap kemalasan aku ni tinggi. Hahahahahaha. Biasa la dalam diri manusia.


Thursday, June 28, 2012

U life...

[Salam]



Hai, dah lama rasanya tak kemaskini blog ini. Sekarang ni pun boleh la cuti dua hari. Sekarang ni aku sudah pun bergelar mahasiswa. Sebenarnya dah tiga minggu lepas lagi masuk U. Kalau tak silap la. Dalam masa itu jugak la mengharungi mengharungi macam-macam seperti minggu MDS yang diadakan selama seminggu dan banyak lagi. Dalam masa itu la jugak dapat ketahui kehidupan seorang mahasiswa. Ceeeeh Huhuhuhu.

Sekarang ni pun dah ada dah assigment yang kena tapi masih lagi tak buat. Hahahahaha. Suka sangat tangguh kerja. Apa lagi ye....... Bila dah berada di U ni. tak tahu nak tulis apa dekat blog ni. Maaf la ya idea nak tulis kurang sikit. Azan pun dh berkumandang. Jadi tibalah masa untuk mengundur diri. Ok la. teruskan membaca kalau sudi.

Wednesday, May 23, 2012

Proses untuk ke U

[Salam]

Hiasan saja ni..


Hari ini aku baru langsaikan yuran pendaftaran untuk ke universiti yang aku pilih. Lega yang teramat. Ni pun guna duit PTPTN itu. Hhehehe. Fuh!! Minta maaf la semua sebab aku tak berkesempatan nak post entri baru sejak kebelakangan ini. Hehehehe. Biasa la sibuk nak uruskan hal-hal universiti ni. Sekarang ni baru boleh nak bernafas je ni.

Aku sudah tidak sabar lagi untuk masa U kerana sudah lama sudah terkurung di rumah. Nak jugak pergi tempat lain. Hahahaha. Walaupun destinasi U dengan rumah boleh dikatakan dekat. Tapi tak dekat sangat. Jarak antara Kota Bharu ke Machang saja. Itulah universiti yang aku akan pergi. Ok tutup dulu pasal hal U ni. Bagaimana dengan rupa blog baru. Adakah sudah kemas?? Saja je minta pandangan. Kalau nak bagi idea bernas boleh jugak. Hhehehe  Oh, aku dah kering idea ni. Banyak lagi kena uruskan. Setakat ini saja dahulu. Mahu rehatkan diri dulu.



Tuesday, May 8, 2012

UPU UPU...

[Salam]



Bagaimana dengan keputusan UPU bagi orang yang mohon itu? Puas hati atau tidak? Kalau yang puas hati memang tak ada masalah la. Memang tidak dinafikan ada juga yang tidak puas hati dengan keputusan UPU termasuklah dengan aku ni. Aku ni tidak berpuas hati dengan tempatnya sahaja.

Bagi yang tak dapat itu mungkin rezeki tak datang lagi. Harap dapat bersabar kerana rezeki tak semestinya datang terus. Lagi pula Sabar itu separuh daripada iman. Aku pun kena la bersabar dengan tempat kampus yang aku dapat itu.

Kalau dulu aku takut tak ada peluang nak belajar ke menara gading. Sekarang ni pulak dah ada pelbagai cabang. Tak tahu nak pilih yang mana satu yang paling secocok dengan aku. Pening pening. Sekarang dah tak ada dah umum keputusan macam ini. Huh!!


Nampaknya hujan dah nak turun. Jadi aku nak blah dulu.Kait apa tak tau dengan hujan ni.Okaylah nak buat kerja pulak. Selamat petang..

Monday, May 7, 2012

UPU!!!!

[Salam]



Tepat pada pukul 12 nanti. Keputusan UPU akan dikeluarkan. Sekarang ni baru pukul 8:30. Lamanya nak tunggu. Harap dapat yang terbaeeekkk punya. Kalau tak dapat terpaksa la ambil yang mana yang terbaiiiikkk. Tak kan nak ambil yang tak bagus pulak. Sia-sia la kalau macam itu. Betul atau tidak, terserah pada diri. Kan, kan kan,

Sambil menunggu keputusan UPU ni baik aku update. Hahahahaha, banyak lagi masa lapang ni lebih kurang tiga jam setengah lagi. Hish, nak buat apa tak tau dengan masa yang begitu banyak ini. Lagipun selepas keluar keputusan UPU nak buat apa. Bukan pergi daftar terus pun. Hahahahaha. Kena fikir masak masak dulu sama ada betul ke tidak dengan arah tuju yang akan aku pergi ni.

Hari ini birthday bekas roomate aku. Aku ucap ringkas saja. Sorry kawan, risau sangat dengan keputusan UPU ni. Tambah pula dengan broadband ni slow saja. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah lapan belas itu, boleh la buat aktiviti lasak kan? Hahahahaha. Buat saja selagi mampu. Hehehehe

Nah, tatap gambar saja. Hahahaha


Maaf lah semua sebab psot lambat. Ingatkan boleh la post terus bila siap saja mencurah idea dalam post ini. Broadband ni buat hal pulak. Kena settlekan dulu. Hahahaha. Seronok je broadband bercanda dengan kite. Layan saja, dah tak boleh nak buat apa.

Sunday, May 6, 2012

Hari yang Dinantikan

Salam,

Lama dah aku tak bukak ini punya blog. Esok pulak hari penentu di mana keputusan UPU akan dikeluarkan. Dah lama aku tunggu keputusan itu. Dah tak sabar sabar dah nie. Semoga dapat yang aku minat. Dah task ada idea la nak update blog ni. Biasa la unutk orang seperti aku ni. Dah jarang nak update. Tapi itu tak bermaksud yang aku akan berhenti berblog. InsyaAllah la selagi ada minat nak berblog ini.



Banyak benda sebenarnya dah buat sebelum ini. Tapi tak sempat nak update dalam blog. Kalau update pun rasanya dah lapuk. Hahahahaha. Okay la, nak chow dulu... Bubye

Friday, April 13, 2012

Secret The King

Salam,



Dah tengok dah tajuk utama dekat atas. Kalau dah tengok tak apa la. Aku cuma nak kongsi satu video saja untuk petang jumaat ini. Video ini aku tengok semalam. Nampak macam menarik saja. Jadi aku pun tengok lah. Kalau tengok pada tajuk entri untuk petang ni kan. Mesti anda tertanya-tanya video yang macam mana itu terutamanya pada orang yang minat kdrama serta pernah tengok Secret Garden. Anda yang minat kdrama mesti tahu la pelakon drama secret garden ni kan? Yang satu lagi itu drama terbaru The King 2 Hearts lakonan Lee Seung Gi dengan Ha Ji Won.

Ni la videonya, tengoklah kalau nak.


Pendek saja video ini. Tapi tak ada subtitle la. Aku pun sebenarnya tak faham apa diorang kata. Namun tengok pada reaksi pun dah tahu dah. Yang penting aku dapat lepaskan rasa bosan aku  yang amat melampau ni. Sesiapa yang ingin tengok ini sila lah ya. Tapi sebelum itu pause kan lagu di blog itu. Nanti mengganggu pulak. Tak syok la tengok video ni kan dengar lagu lagi itu. Hehehehe.

Tuesday, April 10, 2012

Tawaran dari mana..

Salam,



Hari ini aku dapat mesej yang mengatakan aku dapat tawaran ke UNIKL untuk course Foundation in science and technology - Engineering. Hai, aku mencuba saja isi untuk yang UNIKL ni. Tak sangka dapat pulak. Tapi aku terpaksalah tolak awal-awal sebab aku tak minat sangat dengan course itu. Kalau aku masuk pun, aku tak yakin boleh teruskan sebab aku ni lemah sikit dalam fizik dan memerlukan masa yang panjang untuk memahami.

Tambah pula, tempoh belajar itu sangat cepat. Nanti tak dapat kejar apa yang belajar susah nanti. Masa aku isi yang UNIKL itu, aku pilih Foundation in science and technology - science, Foundation in science and technology - engineering, dan diploma multimedia. Sekadar mencuba nak tengok layak ke tak. Hahahaha bangang la aku ni. Jadi layak jugak aku untuk course macam ni. Yang Foundation in science and technology - science ni dah sah la tak dapat sebab yang ni melibatkan subjek biology, betul tak? Kalau tak betul tolong betulkan (aku tak tahu bidang ni).

Aku pun tak ambil subjek biologi ni masa SPM dulu. Aku gantikan dengan subjek Prinsip Perakaunan. Lagi pun aku nak tunggu yang upu ni dulu. Mana la tahu dapat yang aku minat ke. Insyaalah dapat yang aku minat. Anda rasa patut tak aku tolak yang UNIKL ini??


Saturday, April 7, 2012

Apa dah jadi..

Salam,



Haih, apa nak jadi dengan goolge chtome aku ni. Nampak macam ada masalah saja. Berat jugak masalah google chrome. Tak tahu pulak dari mana datang masalah ini. Baru saja berlaku dua hari lepas. Ingatkan biasa saja benda ini. Rupa-rupanya berlarutan sampai ke hari ini. Nak tahu tak macam mana jadi dengan google chrome aku ni. Tengok dekat bawah ya.


Benda ni akan muncul bila aku nak buka blogger, facebook, twitter dan benda yang berkaitan dengannya. Masalah sungguh. Mula-mula itu cuba la unistall dan install balik google chrome walaupun dah beberapa kali tak boleh nak install dan baru hari ini boleh balik nak install benda ni. Ingatkan dah pulih seperti biasa. Namun masih lagi dalam kondisi sekarang. Huhuhuhu. Dah tak tahu nak buat apa untuk tangani benda ni. Sekarang ni guna mozilla firefox buat sementara waktu.

Kepada sesiapa yang pakar dalam bab komputer ni. Tolonglah aku yang tak tahu apa-apa ni. Jika anda tahulah pasal benda ini terus komen dekat bawah ni ye. Kalau boleh terangkan cara nak tangani perkara ni & cari punca benda ni terjadi (Macam dah jadi bos pulak). Minta tolong ya?

Thursday, April 5, 2012

Habis

Salam,

Geram sungguh aku dengan game in. Ada ke patut tiba-tiba saja bertukar kepada yang asal punya. Dah penat dah aku usahakan untuk sampai ke tahap itu. Bukannya senang tahu tak. Nasib baik aku ni seorang yang bersabar. Kalau tak, kalau tak....... Ni semua gara-gara virus. Rekod aku yang tak pernah kalah itu habis jadi telur ayam saja (maksudnya kosong). Tengoklah kalau tak percaye dan tidak cilok dari Mr. Google yea dan bukan reset itu punya game rekod.

Ni game freecell


Kalau anda tidak percaya jugak tidak mengapa sebab aku pun tiada bukti nak tunjuk yang virus itu menyerang. Tak ingat nak capture gambar itu sebagai bahan bukti (macam detektif saja). It 's okay. Nampak nya terpaksa main semula. Bukan terpaksa memang dah suka. Hahahahaha.

Perjalanan seribu batu bermula dari langkah pertama.

Detektif kecil datang menyiasat


Cepat sungguh bergerak...

Wednesday, April 4, 2012

Makin Ramai Follower

Salam,



Wah!!! Dah makin meningkatlah follower aku sekarang ni dah mencapai 108 orang dah. Wooooo. tak sangka baru sebulan dah jadi macam ni. Bersyukur sangat boleh capai macam itu. Terima Kasih kepada follower-follower yang sudi follow di blog yang tak seberapa ini. Kalau nak diikutkan dah lama dah aku berada dalam dunia blogger ni. Tapi aku masih lagi terkapai-kapai lagi tak tentu hala. Hahahaha.

Biasalah budak baru nak belajar.

Blog ini mula mencapai follower yang berangka tiga biji pada hari kelmarin.Teruskanlah singgah di blog ini. Jangan segan nak komen.Tanpa anda siapa lagi? Arrigatou....




Sunday, April 1, 2012

Hi April

Salam,


Memandangkan aku dah bercakap sudah tentang pengakhiran bulan Mac. Tak usahlah aku omong panjang lebar bagi permulaan bulan april ini. Anda semua mesti tahu kan yang 1 April ini merupakan April Fool. Tapi kita sebagai umat Islam tak boleh menyambutnya. Nak tahu kenapa??

#Hari 'April Fool' adalah hari umat islam ditipu, dibunuh oleh orang Kristian di Sepanyol. Hukum bagi setiap muslim yang meraikannya adalah HARAM

Bagi mengelakkan diri aku daripada bagi informasi salah kepada anda semua. Baik anda semua baca yang ini. Kalau mahu baca klik ye dekat sana---------> April Fool? Bukan Untuk Kita!
Untuk itu, janganlah kita membuang masa dengan perkara yang tidak membawa berfaedah.

Saturday, March 31, 2012

Bye March..

[Salam]


Nampaknya kita dah sampai ke penghujung bulan Mac dah. Sekejap rasanya masa telah meninggalkan kita. Hahaha, betullah bahawa masa itu emas. Pejam celik je sudah tahu masa akan tetap meniggalkan kita dan tempat yang paling jauh sekali untuk kita pergi ialah masa lalu. Betul tak? Samalah juga dengan kata-kata dibawah.


Lost time is never found again. Benjamin Franklin


Semoga anda semua memahami maksudnya itu. Pendek sangat new entry aku untuk hari ini. Itu saja. Arigatō
Sebelum itu, dengarlah lagu ini walaupun untuk sekejap. Kalau tak nak boleh tutup terus. Jangan lupa pause dulu lagu di blog itu.

Friday, March 30, 2012

Karnival Pendidikan Mara

Salam

Hai semua, apa khabar sihat ke tak. Nak buat ayat formal untuk hari ini (patut ke). Hari ini aku tak ada buat apa pun cuma berehat sahaja dek letih sangat merantau semalam. Selain itu, aku jugak main jugak game serba sedikit bagi membuang rasa bosan yang amat itu. Aku main Permainan yang amat simple saja serta memerlukan sedikit pemikiran untuk menghabiskannya.

Boleh percaya ke menang tanpa kalah sekalipun??
Sepatutnya aku cerita pasal ini semalam tapi dah letih sangat kan nak buat macam mana.

 Kelmarin aku pergi la ke Karnival Pendidikan Mara di stadium pada pukul 9 pagi. Sampai itu terus saja aku pergi berjumpa dengan rakan-rakan yang hendak pergi bersama-sama. Jadi kami singgah di bebarapa pameran seperti UNITEN, UTEM dan lain-lain lagi. Banyak informasi yang kami peroleh pada masa tersebut. Memang  ramai orang yang berbeza jugak ragamnya. Setelah selesai singgah di setiap pameran yang kami ingin kunjung itu. Kami pergi jalan-jalan ke Pesta Buku sterusnya jalan di tempat lain tak bukan di KB Mall.

Rasanya tak perlulah aku nak cerita pasal itu. Tapi apa yang penting kami dapat jugak pengetahuan tentang peluang kerjaya dan pendedahan tentang bidang yang kami ingin ceburi walaupun sedikit kuman pun(nak cakap sikit saja). Untuk itu aku nak ucap terima kasih kepada dua rakanku iaitu Farid dan Imran kerana sudi temani aku semasa di sana. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI KAWAN.




Thursday, March 29, 2012

Clueless

[Salam]
Masalah! Masalah! Barang aku sudah hilang la. Bukan hilang sebenarnya tapi terlupa simpan dekat mana. Jadi, aku pun cari la di merata-rata tempat. Aduh, susah jugak nak cari benda ni tambah pula dengan saiznya nipis dan agak kecil jugak . Dah lama sangat rasanaya aku simpan benda itu sampai tak ingat simpan dekat mana. Kena usaha cari sampai dapat biarpun samapi lubang cacing (ayat macam power saja). Kalau tak juma sia-sia saja la aku buat semua ini. Huhuhu

Inilah yang dikatakan manusia mudah lupa (Aku tak tujukan kepada sesiapa). Jangan mudah terasa.

Dah lewat malam ni, baik aku tidur dulu untuk dapatkan tenaga yang secukupnya. Padehal dah tak ada idea nak tulis. Hehehehehe. Maaflah semua, aku ini asyik tertumpu hanya pada perkara ini sahaja. Itu sahaja yang dapat aku luangkan masa bersama anda untuk sesi malam ini (Mengigau ke ni?). Okaylah nak out dulu.



mengaummmmmmmm.........


P/s: Pandai-pandai la ingat bila nak simpan barang yang beharga.

Monday, March 26, 2012

Malang

Salam,

Masih lagi dalam konpius...


Ish, apa nak jadi la dengan aku ni. Dah tiga kali dah kemaskini untuk UPU ni. Last tak dapat nak kemaskini dah. (padan muka) T_T. Sedih rasanya. Apa apa pun, aku dapat rasakan yang aku dah buat pilihan yang terbaik dah. Jadi tak perlulah nak dirisaukan sangat. Tapi rasa risau tak boleh nak buang lagi sebab masih lagi tak dapat apa apa tawaran yang aku minat. Datang la pulak dengan sakit telinga ni. Yang ini kes aku sendiri yang buat. Haha, dah buat sangat terima la akibatnya. Pergi la garu kalau nak tambahkan rasa sakit itu.

Aku ingatkan benda ni menarik tadi. Meh nak cerita.

Petang tadi, aku dapat la pulak satu surat dari UNIKL. Ingatkan surat apa. Rupa-rupanya surat jemputan. La ingatkan apa tapi aku memang gembira la dapat surat macam ni. Hehe, biasa la orang yang tak pernah dapat surat. Excited la jugak pada asalnya. Setelah baca sampai habis surat itu. Aku pun buat la seperti yang disuruh dalam surat itu.

Dengan jayanya, selesai la jugak siapkan apa yang disuruh. Dalam UNIKL ini kebanyakkan course yang ditawarkan pada aku semuanya aku tak minat. Jadi nak buat lepas itu terserah la. Ramai jugak kawan aku dapat surat ni, aku ingat aku seorang je (bajet macam orang istimewa). Tapi tak apa la. Aku cuma mampu berserah saja pada benda ni.

Surat,   surat

Saturday, March 24, 2012

Confuse

Salam,



Hai nampaknya aku ni dah mula nak pening dah. Nak tahu kenapa? Sebab tak tahu nak apply apa yang aku minat. Masalah betul la. Makin konfius aku dengan pilihan aku ni. Memandangkan dah dapat result yang mcam ini. Terpaksalah buat keputusan yang sangat efektif tanpa rasa penyesalan sikit pun. Anda bagaimana?

Memang difficult la kalau macam ni terus. Dah jadi satu masalah besar pulak kalau tak pasti tentang apa yang kita minat. Betul tak? Kena buat solat istikarah ni. Ni bukan main main tau.Silap sikit, habis!! Mintak mintakla apa yang aku putuskan ini menjadi satu jalan yang betul dan tepat.