Salam
Tengok tajuk entry ni pun dah pelik. Mana tak peliknya. Sepatutnya semakin dekat hari nak ambil result, semakin berdebar la. Amboih, dah buat hipotesis pulak. Tapi hari ini dah jadi lain sikit. Aku tak rasa berdebar pun hari ini. Nak buat apa nak berdebar sakan macam ni. Lepas ni pun boleh berdebar jugak. Apa yang aku merepek ni.
Alang alang dah nak hampir pada masa. Baik aku banyakkan berdoa. Itu saja langkah terakhir yang boleh aku boleh dan jugak redha dengan apa yang telah ditetepkan. Kalau dah gagal alam SPM tak semestinya gagal buat selamanya kan. Aku cuma buat andaian saja. Tapi jangan la gagal.
Satu saja yang aku runsing sekarang ni. Kad yang aku rancang masih lagi belum terlaksana lagi. Di kesempatan ini, baik aku pergi siapkan yang itu dulu. Hehe itu saja, jumpa lagi semuanya.
 |
| Wah, indahnya |
Salam,
Rasa macam lama la pulak tunggu result. Padahal tinggal cuma dua hari saja lagi. Bosan la kalau macam ni terus. Sejak akhir ni aku tiada mood la nak update blog ni. Pabila memikirkan nasib aku selepas ini. Memang takut la. Apa yang aku buat masa ini. Aku cuma pergi blogwalking blog orang lain saja memandangkan dah banyak blog dah aku follow. Rugi la kan kalau dah follow tapi tak jenguk pun belog itu dan baca apa yang dituliskan.
Setuju tak dengan apa yang aku cakap ni?? Kalau dah setuju itu memang bagus la. Bukan susah sangat pun nak jenguk blog orang. Cuma perlu sediakan mata dan baca dalam hati je. Kalau ada idea sikit boleh komen.
Selain pada itu, apa yang aku nak cakap lagi ye. La dah tak ingat dah. Cepat sungguh aku lupa. Tapi itu tak bermaksud aku ni seorang yang nyanyuk. Biasa la manusia mudah lupa. Okay la lain kali la pulak ye. Aku sekarang ni tengah fikir dengan apa yang akan berlaku pada hari rabu ni saja. Macam mana la suasana pada hari rabu ni, ramai tak yang datang. Perlu bersedih ka, bergembira ka, Tak boleh aku nak bayangkan itu semua. Siapa yang pernah ambil result mesti tahu kan macam mana perasaan yang ada dalam diri kan.
Nampaknya aku dah terlebih cakap ni. Baiklah aku nak mengundur diri. Terima kasih kerana sudi membaca.
[Salam]
Nampaknya keputusan SPM akan diumumkan pada 21 Mac ni kalau tak silap aku. Bukan tak silap la. Memang dah konfem dah. Itu yang buat aku jadi debar tak tentu arah ni. Adui, SPM kenapa la kau buat aku gementar tahap gaban ni. Siapa yang tak gementar apabila keputusan SPM dia nak keluar memang aku tabik la. Tak tabik macam mananya, SPM ni penentu hala tuju kita selepas ini (Ada yang ambil result SPM tahun ni kan). Memang aku tak boleh la dengan SPM ni. kalau tak peraya dengan aku akap ni boleh tengok kat bawah
PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.
Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.
Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih.

7..6..5..4..3..2..1..Sekarang dah boleh bilang dengan jari dah dengan tarikh nak ambil result ni. Dah tak sampai seminggu. Muncul jugak result SPM ni. Takut aku nak tengok. Bukan apa, masa jawab SPM itu aku mcam tak yakin je dengan jawapan yang aku tulis. Habis soalan aku main dengan logik je terutama soalan sains ni. Tapi, aku rasa dah okay dah kalau aku terima keputusan pada bulan ni. Mana tak nya kalau result lambat lagi nak keluar.
Terpaksa la aku terima kenyataan ini.
Oh ya la, keputusan SPM ni boleh semak melalui sms.
Kalau nak tengok secara online pun boleh jugak.
Layari laman web MPM –http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut.
Moga-moga dapatlah result yang bagus dan dapat dijamin. Berdoa la banyak banyak supaya dapat result yang baik dan memuskan hati. Amin