Klik semua sekarang jika anda seorang blogger

Thursday, March 22, 2012

Selesai la sudah

Salam




Fuh, lega gile lepas ambil result SPM kat sekolah hari ini (Mula-mula itu berdebar la jugak). Boleh la bersyukur dengan result yang tak seberapa ini. Mesti anda tertanya-tanya kan berapa result aku. Yang itu aku tak boleh nak jawab sebab tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan result itu. Kepada yang gagal itu (aku tak cakap kat sapa sapa). Jangan mengalah lagi kerana itu bukan masanya. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan. Betul tak? Yang dapat straight A itu memang.....memang......memang.....Nak kata apa tak tahu.

Okay dah habis pasal cerita SPM 2011. Tutup kisah ini

Ayuh kita pergi ke segmen lain pulak(Apa la yang aku mengarut ni). Anda ada baca tak entry aku yang sebelum lagi. Perasan tak aku banyak post pasal drama itu. Yang belum tahu lagi itu boleh la rajinkan tangan anda untuk tekan sini..sini..sini dan sini. Itu la pasal, sekarang drama itu dah pun keluarkan episode pertamanya pada kelmarin jugak. Jadi sekarang ni aku tengah cari la drama ni dalam internet termasuk google. Memang susah la sebab masih baru lagi ka.n Kalau nak tengok jangan la lepaskan ye. Itu saja. Arrigatou sebab baca. Lawa la pic kat bawah ni. Hehehehe



Monday, March 19, 2012

Lain Pulak Ni

Salam






Tengok tajuk entry ni pun dah pelik. Mana tak peliknya. Sepatutnya semakin dekat hari nak ambil result, semakin berdebar la. Amboih, dah buat hipotesis pulak. Tapi hari ini dah jadi lain sikit. Aku tak rasa berdebar pun  hari ini. Nak buat apa nak berdebar sakan macam ni. Lepas ni pun boleh berdebar jugak. Apa yang aku merepek ni.


Alang alang dah nak hampir pada masa. Baik aku banyakkan berdoa. Itu saja langkah terakhir yang boleh aku boleh dan jugak redha dengan apa yang telah ditetepkan. Kalau dah gagal alam SPM tak semestinya gagal buat selamanya kan. Aku cuma buat andaian saja. Tapi jangan la gagal.


Satu saja yang aku runsing sekarang ni. Kad yang aku rancang masih lagi belum terlaksana lagi. Di kesempatan ini, baik aku pergi siapkan yang itu dulu. Hehe itu saja, jumpa lagi semuanya.


Wah, indahnya

Masa last

Salam,






Rasa macam lama la pulak tunggu result. Padahal tinggal cuma dua hari saja lagi. Bosan la kalau macam ni terus. Sejak akhir ni aku tiada mood la nak update blog ni. Pabila memikirkan nasib aku selepas ini. Memang takut la. Apa yang aku buat masa ini. Aku cuma pergi blogwalking blog orang lain saja memandangkan dah banyak blog dah aku follow. Rugi la kan kalau dah follow tapi tak jenguk pun belog itu dan baca apa yang dituliskan.


Setuju tak dengan apa yang aku cakap ni?? Kalau dah setuju itu memang bagus la. Bukan susah sangat pun nak jenguk blog orang. Cuma perlu sediakan mata dan baca dalam hati je. Kalau ada idea sikit boleh komen.


Selain pada itu, apa yang aku nak cakap lagi ye. La dah tak ingat dah. Cepat sungguh aku lupa. Tapi itu tak bermaksud aku ni seorang yang nyanyuk. Biasa la manusia mudah lupa. Okay la lain kali la pulak ye. Aku sekarang ni tengah fikir dengan apa yang akan berlaku pada hari rabu ni saja. Macam mana la suasana pada hari rabu ni, ramai tak yang datang. Perlu bersedih ka, bergembira ka, Tak boleh aku nak bayangkan itu semua. Siapa yang pernah ambil result mesti tahu kan macam mana perasaan yang ada dalam diri kan.


Nampaknya aku dah terlebih cakap ni. Baiklah aku nak mengundur diri. Terima kasih kerana sudi membaca.