Wednesday, May 23, 2012

Proses untuk ke U

[Salam]

Hiasan saja ni..


Hari ini aku baru langsaikan yuran pendaftaran untuk ke universiti yang aku pilih. Lega yang teramat. Ni pun guna duit PTPTN itu. Hhehehe. Fuh!! Minta maaf la semua sebab aku tak berkesempatan nak post entri baru sejak kebelakangan ini. Hehehehe. Biasa la sibuk nak uruskan hal-hal universiti ni. Sekarang ni baru boleh nak bernafas je ni.

Aku sudah tidak sabar lagi untuk masa U kerana sudah lama sudah terkurung di rumah. Nak jugak pergi tempat lain. Hahahaha. Walaupun destinasi U dengan rumah boleh dikatakan dekat. Tapi tak dekat sangat. Jarak antara Kota Bharu ke Machang saja. Itulah universiti yang aku akan pergi. Ok tutup dulu pasal hal U ni. Bagaimana dengan rupa blog baru. Adakah sudah kemas?? Saja je minta pandangan. Kalau nak bagi idea bernas boleh jugak. Hhehehe  Oh, aku dah kering idea ni. Banyak lagi kena uruskan. Setakat ini saja dahulu. Mahu rehatkan diri dulu.



Tuesday, May 8, 2012

Segmen by Cik Tyra Lee (Blogwalking+Up Follower)



Tag:

UPU UPU...

[Salam]



Bagaimana dengan keputusan UPU bagi orang yang mohon itu? Puas hati atau tidak? Kalau yang puas hati memang tak ada masalah la. Memang tidak dinafikan ada juga yang tidak puas hati dengan keputusan UPU termasuklah dengan aku ni. Aku ni tidak berpuas hati dengan tempatnya sahaja.

Bagi yang tak dapat itu mungkin rezeki tak datang lagi. Harap dapat bersabar kerana rezeki tak semestinya datang terus. Lagi pula Sabar itu separuh daripada iman. Aku pun kena la bersabar dengan tempat kampus yang aku dapat itu.

Kalau dulu aku takut tak ada peluang nak belajar ke menara gading. Sekarang ni pulak dah ada pelbagai cabang. Tak tahu nak pilih yang mana satu yang paling secocok dengan aku. Pening pening. Sekarang dah tak ada dah umum keputusan macam ini. Huh!!


Nampaknya hujan dah nak turun. Jadi aku nak blah dulu.Kait apa tak tau dengan hujan ni.Okaylah nak buat kerja pulak. Selamat petang..

Monday, May 7, 2012

UPU!!!!

[Salam]



Tepat pada pukul 12 nanti. Keputusan UPU akan dikeluarkan. Sekarang ni baru pukul 8:30. Lamanya nak tunggu. Harap dapat yang terbaeeekkk punya. Kalau tak dapat terpaksa la ambil yang mana yang terbaiiiikkk. Tak kan nak ambil yang tak bagus pulak. Sia-sia la kalau macam itu. Betul atau tidak, terserah pada diri. Kan, kan kan,

Sambil menunggu keputusan UPU ni baik aku update. Hahahahaha, banyak lagi masa lapang ni lebih kurang tiga jam setengah lagi. Hish, nak buat apa tak tau dengan masa yang begitu banyak ini. Lagipun selepas keluar keputusan UPU nak buat apa. Bukan pergi daftar terus pun. Hahahahaha. Kena fikir masak masak dulu sama ada betul ke tidak dengan arah tuju yang akan aku pergi ni.

Hari ini birthday bekas roomate aku. Aku ucap ringkas saja. Sorry kawan, risau sangat dengan keputusan UPU ni. Tambah pula dengan broadband ni slow saja. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Dah lapan belas itu, boleh la buat aktiviti lasak kan? Hahahahaha. Buat saja selagi mampu. Hehehehe

Nah, tatap gambar saja. Hahahaha


Maaf lah semua sebab psot lambat. Ingatkan boleh la post terus bila siap saja mencurah idea dalam post ini. Broadband ni buat hal pulak. Kena settlekan dulu. Hahahaha. Seronok je broadband bercanda dengan kite. Layan saja, dah tak boleh nak buat apa.

Sunday, May 6, 2012

Hari yang Dinantikan

Salam,

Lama dah aku tak bukak ini punya blog. Esok pulak hari penentu di mana keputusan UPU akan dikeluarkan. Dah lama aku tunggu keputusan itu. Dah tak sabar sabar dah nie. Semoga dapat yang aku minat. Dah task ada idea la nak update blog ni. Biasa la unutk orang seperti aku ni. Dah jarang nak update. Tapi itu tak bermaksud yang aku akan berhenti berblog. InsyaAllah la selagi ada minat nak berblog ini.



Banyak benda sebenarnya dah buat sebelum ini. Tapi tak sempat nak update dalam blog. Kalau update pun rasanya dah lapuk. Hahahahaha. Okay la, nak chow dulu... Bubye