Saturday, March 31, 2012

Bye March..

[Salam]


Nampaknya kita dah sampai ke penghujung bulan Mac dah. Sekejap rasanya masa telah meninggalkan kita. Hahaha, betullah bahawa masa itu emas. Pejam celik je sudah tahu masa akan tetap meniggalkan kita dan tempat yang paling jauh sekali untuk kita pergi ialah masa lalu. Betul tak? Samalah juga dengan kata-kata dibawah.


Lost time is never found again. Benjamin Franklin


Semoga anda semua memahami maksudnya itu. Pendek sangat new entry aku untuk hari ini. Itu saja. Arigatō
Sebelum itu, dengarlah lagu ini walaupun untuk sekejap. Kalau tak nak boleh tutup terus. Jangan lupa pause dulu lagu di blog itu.

Friday, March 30, 2012

Karnival Pendidikan Mara

Salam

Hai semua, apa khabar sihat ke tak. Nak buat ayat formal untuk hari ini (patut ke). Hari ini aku tak ada buat apa pun cuma berehat sahaja dek letih sangat merantau semalam. Selain itu, aku jugak main jugak game serba sedikit bagi membuang rasa bosan yang amat itu. Aku main Permainan yang amat simple saja serta memerlukan sedikit pemikiran untuk menghabiskannya.

Boleh percaya ke menang tanpa kalah sekalipun??
Sepatutnya aku cerita pasal ini semalam tapi dah letih sangat kan nak buat macam mana.

 Kelmarin aku pergi la ke Karnival Pendidikan Mara di stadium pada pukul 9 pagi. Sampai itu terus saja aku pergi berjumpa dengan rakan-rakan yang hendak pergi bersama-sama. Jadi kami singgah di bebarapa pameran seperti UNITEN, UTEM dan lain-lain lagi. Banyak informasi yang kami peroleh pada masa tersebut. Memang  ramai orang yang berbeza jugak ragamnya. Setelah selesai singgah di setiap pameran yang kami ingin kunjung itu. Kami pergi jalan-jalan ke Pesta Buku sterusnya jalan di tempat lain tak bukan di KB Mall.

Rasanya tak perlulah aku nak cerita pasal itu. Tapi apa yang penting kami dapat jugak pengetahuan tentang peluang kerjaya dan pendedahan tentang bidang yang kami ingin ceburi walaupun sedikit kuman pun(nak cakap sikit saja). Untuk itu aku nak ucap terima kasih kepada dua rakanku iaitu Farid dan Imran kerana sudi temani aku semasa di sana. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI KAWAN.




Thursday, March 29, 2012

Clueless

[Salam]
Masalah! Masalah! Barang aku sudah hilang la. Bukan hilang sebenarnya tapi terlupa simpan dekat mana. Jadi, aku pun cari la di merata-rata tempat. Aduh, susah jugak nak cari benda ni tambah pula dengan saiznya nipis dan agak kecil jugak . Dah lama sangat rasanaya aku simpan benda itu sampai tak ingat simpan dekat mana. Kena usaha cari sampai dapat biarpun samapi lubang cacing (ayat macam power saja). Kalau tak juma sia-sia saja la aku buat semua ini. Huhuhu

Inilah yang dikatakan manusia mudah lupa (Aku tak tujukan kepada sesiapa). Jangan mudah terasa.

Dah lewat malam ni, baik aku tidur dulu untuk dapatkan tenaga yang secukupnya. Padehal dah tak ada idea nak tulis. Hehehehehe. Maaflah semua, aku ini asyik tertumpu hanya pada perkara ini sahaja. Itu sahaja yang dapat aku luangkan masa bersama anda untuk sesi malam ini (Mengigau ke ni?). Okaylah nak out dulu.



mengaummmmmmmm.........


P/s: Pandai-pandai la ingat bila nak simpan barang yang beharga.

Monday, March 26, 2012

Malang

Salam,

Masih lagi dalam konpius...


Ish, apa nak jadi la dengan aku ni. Dah tiga kali dah kemaskini untuk UPU ni. Last tak dapat nak kemaskini dah. (padan muka) T_T. Sedih rasanya. Apa apa pun, aku dapat rasakan yang aku dah buat pilihan yang terbaik dah. Jadi tak perlulah nak dirisaukan sangat. Tapi rasa risau tak boleh nak buang lagi sebab masih lagi tak dapat apa apa tawaran yang aku minat. Datang la pulak dengan sakit telinga ni. Yang ini kes aku sendiri yang buat. Haha, dah buat sangat terima la akibatnya. Pergi la garu kalau nak tambahkan rasa sakit itu.

Aku ingatkan benda ni menarik tadi. Meh nak cerita.

Petang tadi, aku dapat la pulak satu surat dari UNIKL. Ingatkan surat apa. Rupa-rupanya surat jemputan. La ingatkan apa tapi aku memang gembira la dapat surat macam ni. Hehe, biasa la orang yang tak pernah dapat surat. Excited la jugak pada asalnya. Setelah baca sampai habis surat itu. Aku pun buat la seperti yang disuruh dalam surat itu.

Dengan jayanya, selesai la jugak siapkan apa yang disuruh. Dalam UNIKL ini kebanyakkan course yang ditawarkan pada aku semuanya aku tak minat. Jadi nak buat lepas itu terserah la. Ramai jugak kawan aku dapat surat ni, aku ingat aku seorang je (bajet macam orang istimewa). Tapi tak apa la. Aku cuma mampu berserah saja pada benda ni.

Surat,   surat

Sunday, March 25, 2012

Farah Alias Nak Review Belog Saya


Kalau nak join boleh tekan kat banner atas atau klik sini...

BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN

Terhad kepada sesiapa yang berminat nak join saja...Cepat cepat la join ya..
Klik pada gambar di bawah kalau nak join..






Syaart-syarat
  1. Letakkan header benashaari.com 
  2. Tajuk , BEN ASHAARI AJAK BERKENALAN dan linkkan ke entri ini . 
  3. Tuliskan kata-kata aluan untuk memikat pengunjung anda nanti. Ni aku yang punya
Assalamualaikum dalam selamat petang. Boleh ke kita berkenalan. Kalau sudi singgahlah kat blog saya yang tak berapa nak bagus ni. Bukan apa pun sekadar nak berkenalan saja. Harap-harap anda tidak bosan baca entry dalam blog ini. Enjoy.... 


     4.  Siap , tinggalkan url di ruangan komen box …

Saturday, March 24, 2012

Confuse

Salam,



Hai nampaknya aku ni dah mula nak pening dah. Nak tahu kenapa? Sebab tak tahu nak apply apa yang aku minat. Masalah betul la. Makin konfius aku dengan pilihan aku ni. Memandangkan dah dapat result yang mcam ini. Terpaksalah buat keputusan yang sangat efektif tanpa rasa penyesalan sikit pun. Anda bagaimana?

Memang difficult la kalau macam ni terus. Dah jadi satu masalah besar pulak kalau tak pasti tentang apa yang kita minat. Betul tak? Kena buat solat istikarah ni. Ni bukan main main tau.Silap sikit, habis!! Mintak mintakla apa yang aku putuskan ini menjadi satu jalan yang betul dan tepat.

Thursday, March 22, 2012

Selesai la sudah

Salam




Fuh, lega gile lepas ambil result SPM kat sekolah hari ini (Mula-mula itu berdebar la jugak). Boleh la bersyukur dengan result yang tak seberapa ini. Mesti anda tertanya-tanya kan berapa result aku. Yang itu aku tak boleh nak jawab sebab tidak ada apa yang boleh dibanggakan dengan result itu. Kepada yang gagal itu (aku tak cakap kat sapa sapa). Jangan mengalah lagi kerana itu bukan masanya. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya kan. Betul tak? Yang dapat straight A itu memang.....memang......memang.....Nak kata apa tak tahu.

Okay dah habis pasal cerita SPM 2011. Tutup kisah ini

Ayuh kita pergi ke segmen lain pulak(Apa la yang aku mengarut ni). Anda ada baca tak entry aku yang sebelum lagi. Perasan tak aku banyak post pasal drama itu. Yang belum tahu lagi itu boleh la rajinkan tangan anda untuk tekan sini..sini..sini dan sini. Itu la pasal, sekarang drama itu dah pun keluarkan episode pertamanya pada kelmarin jugak. Jadi sekarang ni aku tengah cari la drama ni dalam internet termasuk google. Memang susah la sebab masih baru lagi ka.n Kalau nak tengok jangan la lepaskan ye. Itu saja. Arrigatou sebab baca. Lawa la pic kat bawah ni. Hehehehe



Monday, March 19, 2012

Lain Pulak Ni

Salam






Tengok tajuk entry ni pun dah pelik. Mana tak peliknya. Sepatutnya semakin dekat hari nak ambil result, semakin berdebar la. Amboih, dah buat hipotesis pulak. Tapi hari ini dah jadi lain sikit. Aku tak rasa berdebar pun  hari ini. Nak buat apa nak berdebar sakan macam ni. Lepas ni pun boleh berdebar jugak. Apa yang aku merepek ni.


Alang alang dah nak hampir pada masa. Baik aku banyakkan berdoa. Itu saja langkah terakhir yang boleh aku boleh dan jugak redha dengan apa yang telah ditetepkan. Kalau dah gagal alam SPM tak semestinya gagal buat selamanya kan. Aku cuma buat andaian saja. Tapi jangan la gagal.


Satu saja yang aku runsing sekarang ni. Kad yang aku rancang masih lagi belum terlaksana lagi. Di kesempatan ini, baik aku pergi siapkan yang itu dulu. Hehe itu saja, jumpa lagi semuanya.


Wah, indahnya

Masa last

Salam,






Rasa macam lama la pulak tunggu result. Padahal tinggal cuma dua hari saja lagi. Bosan la kalau macam ni terus. Sejak akhir ni aku tiada mood la nak update blog ni. Pabila memikirkan nasib aku selepas ini. Memang takut la. Apa yang aku buat masa ini. Aku cuma pergi blogwalking blog orang lain saja memandangkan dah banyak blog dah aku follow. Rugi la kan kalau dah follow tapi tak jenguk pun belog itu dan baca apa yang dituliskan.


Setuju tak dengan apa yang aku cakap ni?? Kalau dah setuju itu memang bagus la. Bukan susah sangat pun nak jenguk blog orang. Cuma perlu sediakan mata dan baca dalam hati je. Kalau ada idea sikit boleh komen.


Selain pada itu, apa yang aku nak cakap lagi ye. La dah tak ingat dah. Cepat sungguh aku lupa. Tapi itu tak bermaksud aku ni seorang yang nyanyuk. Biasa la manusia mudah lupa. Okay la lain kali la pulak ye. Aku sekarang ni tengah fikir dengan apa yang akan berlaku pada hari rabu ni saja. Macam mana la suasana pada hari rabu ni, ramai tak yang datang. Perlu bersedih ka, bergembira ka, Tak boleh aku nak bayangkan itu semua. Siapa yang pernah ambil result mesti tahu kan macam mana perasaan yang ada dalam diri kan.


Nampaknya aku dah terlebih cakap ni. Baiklah aku nak mengundur diri. Terima kasih kerana sudi membaca.








Thursday, March 15, 2012

Berdebar ni!!

[Salam]






Nampaknya keputusan SPM akan diumumkan pada 21 Mac ni kalau tak silap aku. Bukan tak silap la. Memang dah konfem dah. Itu yang buat aku jadi debar tak tentu arah ni. Adui, SPM kenapa la kau buat aku gementar tahap gaban ni. Siapa yang tak gementar apabila keputusan SPM dia nak keluar memang aku tabik la. Tak tabik macam mananya, SPM ni penentu hala tuju kita selepas ini (Ada yang ambil result SPM tahun ni kan). Memang aku tak boleh la dengan SPM ni. kalau tak peraya dengan aku akap ni boleh tengok kat bawah



PENGUMUMAN KEPUTUSAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) 2011
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Sekian, terima kasih.








7..6..5..4..3..2..1..Sekarang dah boleh bilang dengan jari dah dengan tarikh nak ambil result ni. Dah tak sampai seminggu. Muncul jugak result SPM ni. Takut aku nak tengok. Bukan apa, masa jawab SPM itu aku mcam tak yakin je dengan jawapan yang aku tulis. Habis soalan aku main dengan logik je terutama soalan sains ni. Tapi, aku rasa dah okay dah kalau aku terima keputusan pada bulan ni. Mana tak nya kalau result lambat lagi nak keluar.


Terpaksa la aku terima kenyataan ini.


Oh ya la, keputusan SPM ni boleh semak melalui sms.




Kalau nak tengok secara online pun boleh jugak.


Layari laman web MPM –http://www.mpm.edu.my mulai jam 12 tengah hari pada tarikh tersebut. 

Moga-moga dapatlah result yang bagus dan dapat dijamin. Berdoa la banyak banyak supaya dapat result yang baik dan memuskan hati. Amin



Wednesday, March 14, 2012

Seronok Hari ini

Salam,


Memandangkan baru habis tengok drama ini letak gambarnya la kat bawah.






Hari ini aku gembira sekali kerana dapat mengahbiskan jugak drama Personal Taste lakonan Lee Min Ho dengan Son Ye Jin dalam masa dua hari ni. Kalau bunyi macam itu memang gila la aku ni kan. Tapi nak buat macam mana dah takde benda lain dah. Selagi tak habis cerita itu. Aku takkan berhenti la tengok sampai habis walaupun cerita itu teruk setakat mana pun. Koranag mesti pelikkan orang macam aku boleh minat tengok drama korea kan?


Nak tahu tak kenapa aku minat drama macam itu


Aku minat drama macam itu sebab aku nampak kelainan. Bukan tertumpu pada satu situasi je. Dan pula drama macam ini mempunyai jiwangnya yang tersendiri. Tambah pula plot ceritanya dan watak-wataknya memang lain. Dan yang paling penting itu ialah mesej yang cuba disampaikan dalam drama itu sendiri. Sapa yang tidak setuju dengan padangan aku boleh close blog ni sekarang. Hehehe( gurau saja). Jangan ambil hati sangat.






Lagi satu, setiap kali aku tengok drama itu nampak macam best. Pasti lagu-lagu dalam drama itu enak didengar. Memang tak boleh nak tipu la. Walaupu aku tak faham apa yang diorang cakap tapi aku akan cuba fahami dengan baca subtitle kat bawah tu. Bukannya susah sangat pun. Jadi kepada sesiapa yang minat drama korea ni. Anda mungkin mempunyai sebab yang sama macam aku ni ataupun ada sebab sendiri. Jadi itu saja yang aku nak beritahu hari ini.


Bagi yang tak caye cuba dengar yang ni. Kalau tak suke memang bukan taste anda kot. Kamsahamida 












Friday, March 9, 2012

Surat pasal apa ni

[Salam]




Hari ni macam biasa la. Buat apa-apa yang patut. Ni aku nak cerita sikit ni. Aku dapat surat la. Ni first time aku dapat surat untuk tahun ini. Aku ingatkan surat dari sekolah. Biasanya, hanya sekolah saja yang hantar surat ke rumah aku atas nama aku. Ada la macam surat mengenai hal-hal yang berkait dengan sekolah itu. Lebih-lebih pula, ada salah sorang kawan aku cakap yang sekolah akan hantar surat sebelum nak ambil result ni dan surat itu mengenai etika pemakaian apa entah. Hai pelik aku seketika.


Apa la yang terkandung dalam surat ni ye.


Aku nak tahu apa yang ada dalam surat tu erk. Tengok kat belakang sampul surat itu tertulis Koperasi DPIMT Berhad dan alamat tempat tersebut. Aneh ni, kenapa ye agak-agaknya. Aku dapat buat urusan apa-apa ke? Setahu aku tak pernah lagi aku buat apa jenis urusan dalam masa cuti ni. Dengan rasa ingin tahu yang amat, aku terus je koyak sampul surat ni untuk lihat isi kandungannya.


Mak aiiih. Surat ini dah sampai dah....


Rupa-rupanya surat ni pasal pendaftaran kemasukan di KFCH INTERNATIONAL COLLEGE. Punya la gembira dapat surat macam itu. Jadi aku pun menelaah la surat itu dengan gembiranya. Aku gembira bukannya apa cuma dapat surat tawaran je (niat bukan nak menunjuk ye). Terima atau tidak, itu atas kehendak aku sendiri. Baca punya baca la pendaftaran atas keputusan SPM la. So, aku kena tunggu dulu la ni.


Nampaknya jelajahku ke Karnival Jom Masuk U ni membuahkan hasil ni. Aku harap muncul jugak surat lain tapi isinya macam surat ni. Seronok sakan je bila dapat macam ni. Tapi yang penting sekali ni result ni la. Aku harap result aku ni baik dan tak teruk sangat. Doakan aku agar dapat result yang baik ya..:) Amin



Thursday, March 8, 2012

Sesuatu yang Istimewa

Salam...

Buntu???


Hai...Bila nak diingatkan balik. Cikgu prinsip perakaunan di sekolah aku itu pernah pesan kalau ada apa-apa benda yang boleh dijadikan kenangan boleh la bagi kat dia (betul ke cikgu cakap macam itu). Aku dah lupa dah apa yang cikgu cakap. Tapi yang aku ingat cuma beri benda yang boleh diberi kenangan dengan hasil tangan sendiri. Itu saje yang kau ingat sebab cikgu ada cakap macam itu supaya dia boleh ingat tingkah laku seseorang melalui tulisan tangannya. Maklum la, tulisan tangan pelajar kan ada banyak perbezaan yang amat ketara sekali.

So, hari ini aku sedang memikirkan apa yang perlu aku buat dan apa yang harus aku beri pada cikgu ku ini agar cikgu dapat buat kenangan indah bagi kami khususnya pelajar prinsip perakaunan 2011/2012. Kalau difikirkan memang banyak ar barang yang boleh bagi. Tapi yang paling baiknya sekali sekarang ini adalah kad, kepingan ucapan dan lain-lain. Yang susahnya ialah aku ni bukan orang yang kreatif sangat.



Tambah pula barang yang diperlukan untuk buat kad pun tak ada. Mana pula dengan barang-barang lain. Aiiish, kena sedia dari awal ni kerana masa nak ambil result pun dah tak lama dah. Okay la itu, aku nak berfikir dahulu tentang apa yang boleh aku buat dengan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Yang ringkas pun jadilah. Yang penting boleh dijadikan kenangan yang tidak boleh dilupakan.



Wednesday, March 7, 2012

Frust...

Salam,






Adui..... Frust rasanya bila dapat tahu yang drama The Moon That Embraces The Sun Episode yang nak hampir last itu ditangguhkan buat sementara waktu. Nampaknya terpaksa la bersabar sedikit. Habis ganggu perancangan aku (sebenarnya tak rancang ape-ape pun). Aku tak nangis ye seperti dalam gambar di atas. Hehehehe


Sebenarnya di sini aku nak luahkan rasa frust saje. Maklum la drama ini dah sampai ke kemuncaknya. Mesti la ramai orang nak tahu macam mana endingnya sama happy ke? sedih ke?? Tak tahu la itu.


Berhenti setakat itu dulu pasal benda ni. Sekarang tukar topik pulak.


Kelmarin, aku baru mula main semula game yang sudah lama ditinggalkan. Apa nama dah game itu ye. Dah lupa dah, baru saja main dah lupa takkan dah nyanyuk kot. Haaaaaa. Baru ingat nama game itu ialah Digimon World 4. Digimon World 4 ni game playstation 2 ni. Jangan tersilap pulak. Sebenarnya dah lama aku main game ni. Tapi sampai sekerat jalan saja kes nye asyik tersilap save je. Faham-faham le, main-main yang lain tersilap save yang ori punya. Habis hancur usaha main game ni. Jadi setakat situ je pada masa itu.


Tapi kali ini lain pulak sebab aku boleh berfikir sikit. Kalau dulu itu lain la sebab masih lagi noob. Sekarang ini aku rancang nak upkan level digimon yang aku create sampai jadi kuat (ye la takkan upkan level jadi makin lemah). Kuakuakuakua. Lawak bodoh ke ape. Jadi itu saja la yang tengah bermain di kepala otak aku hari ini melainkan dah tak ada perkara lain nak buat. Ni gambar game yang aku katakan tadi. Sila tengok yer.




Ni digimon yang aku guna


Okay la itu. Nak berehat pulak ni. Kamsahamida sebab sudi membaca.





Tuesday, March 6, 2012

Renungkan la..

Salam...


Hari ini ku nak berkongsi sedikit mengenai perbualan Iman Ghazali dengan murid-muridnya.
Mari kita baca erk..




Imam Ghazali = ‘Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Negeri Cina’
Murid 2 = ‘ Bulan’
Murid 3 = ‘ Matahari ‘
Murid 4 = ‘ Bintang-bintang’

Iman Ghazali = ‘Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama’.

Iman Ghazali = ‘Apa yang paling besar di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘ Gunung’
Murid 2 = ‘ Matahari’
Murid 3 = ‘ Bumi’

Imam Ghazali = ‘Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.’
IMAM GHAZALIm’Apa yang paling berat didunia?’

Murid 1 = ‘ Baja’
Murid 2 = ‘ Besi’
Murid 3 = ‘ Gajah’

Imam Ghazali = ‘Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ‘Apa yang paling ringan di dunia ini ?’
Murid 1 = ‘Kapas’
Murid 2 = ‘Angin’
Murid 3 = ‘Debu’
Murid 4 = ‘Daun-daun’

‘Imam Ghazali = ‘ Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat’

Imam Ghazali = ‘Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?’
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ‘ Pedang’
Imam Ghazali = ‘Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ‘


Berdasarkan dari kisah ini. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan renunglah sentiasa agar dapat menjauhi perkara- perkara yang tidak diingini.



Monday, March 5, 2012

Tahukah Anda??

Kehebatan Fizikal Manusia
#True Facts








Badan mempunyai:
  • 205 ketul tulang
  • 10.6km urat saraf
  • 500 jenis otot
  • 90.600km saluran darah






  • Mata mengandungi 100 juta sel reseptor
  • Telinga megandungi 24 000 saraf
  • Jantung mengepam 1, 600 gelen darah sehari

    Sunday, March 4, 2012

    Hi March

    Salam,


    Takutnyaaaaa!!




    Akhirnya tiba jugak bulan march ni. Dah puas aku tunggu. Tapi alhamdulillah dapat bersabar sehingga ke hari ini. Nampaknya masa nak ambik result SPM 2011 sudah semakin hampir. Dupdapdupdap, jantung aku berdebar. Kenapa la agak-agak nya ye. But seriously, hati aku memang berdebar tahap gaban. Tak boleh nak bayangkan apa situasi yang bakal berlaku ketika datang ambik result pada masa itu. Emosi habis bercampur baur sama ada nak gembira ka, sedih ka, nak marah ka, dan lain-lain lagi la. Harap- harap la result SPM yang bakal aku peroleh ini bagus dan tidak letih aku usahakan untuknya selama ini. Jangan lupa wish aku dapat result yang bagus okay!! :)


    Habis campur....




    Habis untuk bahagian result SPM, sekarang pergi pulak perancangan untuk bulan march ni.


    Nampaknya ada banyak drama korean yang baru nak keluar pada bulan ini. Kebanyakkan drama yang akan kuar ni nampak macam best jugak la. Yang pastinya, aku tidak akan lepaskan serta mencari peluang untuk tengok tiga drama ini iaitu The King yang sekarang ini bertukar tajuk iaitu The King 2Hearts, Love Rain dan satu lagi drama korea yang baru saja aku tahu sekejap tadi iaitu I do, I do. Hahahaha, giler la aku ni. Nak buat cam mane lagi. Itu saje yang keluar dari minda aku ini. The King 2Heart bakal ditayangkan pada 14 march ni. yang dua lagi drama itu masih lagi belum tahu lagi bila. yang pastinya dalam bulan ini jugak. Harap apa yang aku rancang ni dapat dilaksanakan. Bukan susah sangat pun. Kena tengok je. 





    March