Friday, July 27, 2012

Life in UiTM #1

[Hello]

Lama dah aku tak post dalam blog ni (Dah banyak kali dah cakap benda yang sama). Hehehehehehe. Sekarang ni dah masuk minggu ke lapan kalau tak silap aku berada di UiTM Kelantan. Tmbahan pula sudah seminggu berpuasa di sini. Memang banyak dugaan jugak la bila berpuasa sendiri ni. Kadang-kadang sahur pun tak sempat. Kesian. Ish ish ish. Setakat ini boleh saja tahan walaupun tak sempat nak sahur. Nak sahur macam mana kalau nak bagun pun susah. Hahahahaha.

Actually, minggu ni penuh dengan test (sekadar nak merungut saja). Kalau minggu lepas pun dah lepas satu test. Itu pun nasib baik subjek yang boleh tahan saja. Plus, selalu saja ada kelas ganti untuk subjek tersebut. Test untuk petang tadi pun OK sahaja sebab masih fresh lagi apa yang diajar(baru belajar sahaja minggu itu). Alhamdulillah sebab dapat tahu jugak sedikit basic tentang subjek itu. 

Yang merisaukan aku ni untuk test subjek esok. Sebab subjek ini menitikberatkan pasal komputer dan macam-mcam lagi. Jadi bukunya pun tebal jugak (memang tebal pun). Satu chapter itu sampai 40 mukasurat nak boleh habiskan. Memang tak larat la nak baca. Lagi la kalau nak menghafal. KO terus. Stress, sungguh bila pergi ke subjek ni. Bila tengok saja. Terus pasrah. Hahahahaha. Nampak sanagat tahap kemalasan aku ni tinggi. Hahahahahaha. Biasa la dalam diri manusia.