Wednesday, May 23, 2012

Proses untuk ke U

[Salam]

Hiasan saja ni..


Hari ini aku baru langsaikan yuran pendaftaran untuk ke universiti yang aku pilih. Lega yang teramat. Ni pun guna duit PTPTN itu. Hhehehe. Fuh!! Minta maaf la semua sebab aku tak berkesempatan nak post entri baru sejak kebelakangan ini. Hehehehe. Biasa la sibuk nak uruskan hal-hal universiti ni. Sekarang ni baru boleh nak bernafas je ni.

Aku sudah tidak sabar lagi untuk masa U kerana sudah lama sudah terkurung di rumah. Nak jugak pergi tempat lain. Hahahaha. Walaupun destinasi U dengan rumah boleh dikatakan dekat. Tapi tak dekat sangat. Jarak antara Kota Bharu ke Machang saja. Itulah universiti yang aku akan pergi. Ok tutup dulu pasal hal U ni. Bagaimana dengan rupa blog baru. Adakah sudah kemas?? Saja je minta pandangan. Kalau nak bagi idea bernas boleh jugak. Hhehehe  Oh, aku dah kering idea ni. Banyak lagi kena uruskan. Setakat ini saja dahulu. Mahu rehatkan diri dulu.



No comments :