Friday, February 17, 2012

Tak Sabar

Salam,
Hiiiiiiiiii


Hari ini aku tiada mood untuk berbuat apa-apa pun terutamanya nak tengok drama korea yang lain pulak. Apa yang ada dalam kotak fikiran aku cuma ingin mendengar lagu-lagu ost drama korea yang pernah aku lihat. Aku berasa tidak puas bila mendengar lagu-lagu tersebut. Sentiasa mengulang lagu-lagu yang sama. Walaupun aku tak faham apa maksud lagu ni. Tapi aku akan cuba survey maksud lagu ini. Hahahahaha. Gila ke apa ni. 




Sambil itu, aku tak sabar nak tengok dua buah drama yang terbaru iaitu salah satunya ialah King 2 Heart yang dilakonkan oleh Lee Seung Gi dan Ha Ji Won dan mula ditaynagkan pada bulan March ini selepas tamatnya drama The Moon That Embraces The Sun. Satu lagi drama yang aku ingin aku tengok pula berjudul Love Rain yang dilakonkan oleh aktor Jang Keun Sok dan Yoona SNSD. Drama Love Rain ini pula mungkin ditayang selepas habisnya drama Dream High 2.  Hehehehe. 




King 2 Heart


Love Rain




Sekarang ini, cuma tunggu episod penamat bagi kedua-dua drama yang aku minat tonton iaitu The Moon That Embraces The Sun dan juga Wild Romance. Pada minggu ini pun kedua-dua drama dah sampai episod 14 rasa-rasa aku la. Setahu aku drama Wild Romance ini dalam 16 episod lagi. Jadi sudah tak lama dah drama ini nak sampai ke tirai penutupnya. Kalau drama The Moon That Embraces The Sun ula rasa-rsanya lebih kurang 20 episod kot. Walaupun lambat lagi nak habis, tak apa kerana aku seronok tengok drama itu. Oh ye, siapa-siapa yang belum tahu pasal Wild Romance dan The Moon That Embaraces The Sun boleh ketahuinya di sini dan sini.







No comments :