Salam semua,
Hari ini semua yang aku rancang berjalan dengan lancar. Alhamdulliah kerana dapat merancang dengan baik. Walaupun tebal sangat muka ni hari ni. Tapi aku tetap bersyukur jugak la. Jadi aku nak kongsi la sikit dengan anda semua tentang pengalaman pertama aku di dunia luar.
Okay tanpa melengahkan masa aku teruskan cerita aku ini. Pada malam 26 feb. Aku tidur sangat lewat sekali. Biasa la orang tengah seronok dengan cuti ni. Hehehehehe. Dpat jugak bangun tiga jam selepas itu. Faham faham ler. Tak cukup tidur. Tapi dengan semangat yang ada ini, aku tidak rasa menganntuk sedikit pun. Jadi dengan lekasnya aku bersiap diri untuk ke KB(Kota Bharu) bagi menjenguk Karnival Jom Masuk U ni.
Jadi dengan beraninya dan awalnya aku pergi keluar rumah seorang diri berjalan kaki ke stesen bas. Bayangkan apabila berseorangan di jalan yang tidak ada orang tetapi menjadi rempat pendatang asing berbasikal untuk ke tempat kerja mereka di situ. "Tebal muka molek" Mujurla ada si mp3 di sisi.
Nak disingkatkan, aku pun pergi la ke karnival itu dengan kereta "prebet" dgn hanya dua ringgit sama dengan tambang bas. Fuh lego sikit tapi yang melambatkan aku nyer ialah aku ni terlalu awal terpaksa tunggu kawan-kawan dulu. Hampir dua jam aku tunggu kawan-kawan sampai. Biasa la orang yang suka tepat masa kan Hehehehehehe
Sebaik saja kawan-kawan sampai. Kami terus saja terjah ke lokasi tersebut. Huh, memnag padat di setiap lokasi. Penuh denan orang yang kebanyakannya dari rombangan pelajar mewakili sekolah masing-masing. Macam-macam ragam aku dapat lihat di sana. Jadi banyak la pegetahuan serta informasi yang aku dapat tahu di situ.
Habis saja terjah di situ. Kami terus berjalan untuk pergi ke KBM (kb mall). Nak dipendekkan lagi, kami singgah ke Parkson untuk ambil angin sebelum pulang ke rumah masing-masing. Tambahan pula, stesen bas tidak jauh dari Parkson itu.
Habis lenguh kaki aku lepas balik dari KB. Bagi aku tidak mengapa, apa yang penting kita dapat informasi serta perkara-perkara yang belum pernah kita buat. Terima kasih kepada sahabat aku Fariduddin bersama dengan kawan-kawan yang telah pergi bersama-sama.
No comments :
Post a Comment