Monday, January 16, 2012

Tips Falsafah Kejayaan

Salam Semua,




Hari ini saya akan kongsi sedikit beberapa informasi yang mungkin berguna kepada anda untuk suatu tempoh yang akan datang. Semoga apa yang ingin saya kongsikan ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Tips ini saya perolehi daripada penceramah di sekolah pada masa lalu. Okay semua, selamat membaca dan mengamalkannya.



  1. Tidak ada apa-apa yang boleh mengambil tempat usaha.
  2. Kalau mereka pun  boleh berjaya, saya pun boleh berjaya.
  3. Manusia cemerlang fokus kepada kerja penting walaupun tidak seronok sementara manusia lemah fokus kepada kerja seronok walaupun tidak penting.
  4. Sekiaranya kita betul-betul hendak sesuatu, lazimnya kita akan dapat.
  5. Kecemerlangan tercipta apabila manusia daripada keluarga biasa dengan kecerdasan biasa , yang berada di mana-mana sahaja berusaha secara luar biasa.
  6. Kecemerlanagan, kesederhanaan atau kegagalan adalah pilihan sendiri.
  7. Prestasi saya pada masa hadapan akan ditentukan oleh tindakan saya pada masa kini bukan kejayaan atau kegagalan pada masa lampau.
  8. Berusahalah di mana-mana sahaja, jangan menunggu masa dan tempat yang ideal.
  9. Saya merancang kerja saya dan saya kerjakan apa yang telah saya rancangkan.
  10. Berdisiplin
  11. Jika kita bermotivasi tinggi yang mustahil pun kelihatan mudah. Jika kita tidak bermotivasi yang mudah pun kelihatan mustahil.
  12. Jadikan diri kita yang terbaik yang mampu mengalahkan orang lain.  
  13. Untuk berjaya dengan cemerlang:
  • SAYA YANG PERLU TEKUN BERUSAHA
  • Bukan ibu bapa saya.
  • Bukan kawan-kawan saya.
  • Tetapi saya, Ya saya.
  • Saya yang ke kelas.
  • Saya yang hendak belajar.
  • Saya yang hendak berjaya.
  • Jadi sayalah yang perlu berusaha.




Selamat mencuba!!!





No comments :