Salam,
Hari kelmarin aku sebenarnya pergi berkelah sekejap di pantai. Percutian kali ni di Bayu Melawi Chalet, Bachok. Maklum la bosan duk di rumah selalu. Pergi la ikut mak pergi pantai kejap makan angin dan cari ketenangan kat sana. Tengok pemandangan pun dah nampak cantik. Punye la bosan sangat pergilah ambil gambar pemandangan kat pantai ni.
Jika lihat pada gambar tu. Memang tak ada orang betul tak? Masa tu dah petang dah lebih kurang nak pukul tiga petang. Kami sekeluarga orang yang pertama sampai di pantai tersebut pada hari itu. Lebih kurang pukul empat baru ada satu keluarga yang datang dan menyewa dua buah chalet yang berdekatan dengan kami.
Selepas solat asar serta makan, aku dengan keluarga aku terus pergi mandi di pantai itu. Cuma Kami saja yang seronok mandi pada masa tu. Tak nampak pun kelibat orang lain mandi di pantai. Yang paling hampir pun cuma dekat air je ambil gambar sana sini.
Rasa macam pernah pergi dah kat pantai tapi bila ye. Oh, Baru ingat, masa perkhemahan KPAM tahun lepas. Biar pun dah pergi pun tahun lepas, tapi tak rasa apa-apa pun. Rasa perit ada la. Tapi kali ni pergi saje-saje jugak takpe la tu. Asalkan rasa seronok itu ada. Hahahahahahaha.
Pandangan dari jarak dekat
Kawasan air cetek
Pandangan dari jauh
Pokok yang dah nak layu
Apa yang menyeronoknya semasa di situ kan cuma pengunjung nya amat sedikit sekali. Biasa la cuti bukan lama pun. Aku tinggal di salah satu chalet di situ untuk satu hari satu malam saje. Lagi pula chalet kami tu berdekatan dengan pantai. Jadi dapat la kami merasai angin itu dengan lebih dekat.
Chalet yang dah nampak usang
Kalau tengok chalet dalam gambar tu memang nampak macam dah usang. Tak tengok di dalam lagi. Kalau tengok mesti terkejut punye. Walaupun simple tapi bagus la kemudahan yang diberikan tambah pulak dengan penghawa dingin. Wah, memang sejuk la campur pulak dengan angin kat pantai ni.
Walaupun sekejap je kat sana. Tapi kurang la sikit rasa boring itu berbanding hari sebelumnya. Apa boleh buat cuti kali pun bukannya panjang sangat kan. Lebih kurang seminggu aje. Apa-apa pun seronok la dapat pergi pantai ni.
No comments :
Post a Comment