Tuesday, April 10, 2012

Tawaran dari mana..

Salam,



Hari ini aku dapat mesej yang mengatakan aku dapat tawaran ke UNIKL untuk course Foundation in science and technology - Engineering. Hai, aku mencuba saja isi untuk yang UNIKL ni. Tak sangka dapat pulak. Tapi aku terpaksalah tolak awal-awal sebab aku tak minat sangat dengan course itu. Kalau aku masuk pun, aku tak yakin boleh teruskan sebab aku ni lemah sikit dalam fizik dan memerlukan masa yang panjang untuk memahami.

Tambah pula, tempoh belajar itu sangat cepat. Nanti tak dapat kejar apa yang belajar susah nanti. Masa aku isi yang UNIKL itu, aku pilih Foundation in science and technology - science, Foundation in science and technology - engineering, dan diploma multimedia. Sekadar mencuba nak tengok layak ke tak. Hahahaha bangang la aku ni. Jadi layak jugak aku untuk course macam ni. Yang Foundation in science and technology - science ni dah sah la tak dapat sebab yang ni melibatkan subjek biology, betul tak? Kalau tak betul tolong betulkan (aku tak tahu bidang ni).

Aku pun tak ambil subjek biologi ni masa SPM dulu. Aku gantikan dengan subjek Prinsip Perakaunan. Lagi pun aku nak tunggu yang upu ni dulu. Mana la tahu dapat yang aku minat ke. Insyaalah dapat yang aku minat. Anda rasa patut tak aku tolak yang UNIKL ini??


3 comments :

eLLa n aLia said...

kalo tak yakin dengan yang ni dan ada pilihan lain yang labih baik.. tak salah kalo tolak..

bavarians rains said...

chose the best for u k.........:)
tersilap perahu boleh berundur...tersilap memilih course kita merana nanti.....:)
hopefully u will successs....:)

Muhamad Asyraaf said...

Bro, good luck memilih course yg diminati. Jgn silap pilih sudah la..=)