Sunday, January 15, 2012

Kata-Kata Hikmah

Salam,


Hari ini aku nak kongsikan sedikit kata-kata ini yang mungkin dapat memberikan dorongan untuk kita semua. Cubalah baca dan memahami setiap kata-kata tersebut. 
  • Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci.
  • Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.
  • Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.
  • Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.
  • Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun.

Kata-Kata inilah yang membuatkan aku menjadi semangat sedikit. Walaupun ketinggalan daripada orang lain. Tidak mengapa, selagi ada semangat berkobar-kobar selagi itu terus berusaha. Bak kata Rentap "Agi idup agi ngelaban" hahahahahahahahaha....

1 comment :

Cik Farhana said...

Nice sharing ! KeepBlogingKeepInTouch always(: