Thursday, March 8, 2012

Sesuatu yang Istimewa

Salam...

Buntu???


Hai...Bila nak diingatkan balik. Cikgu prinsip perakaunan di sekolah aku itu pernah pesan kalau ada apa-apa benda yang boleh dijadikan kenangan boleh la bagi kat dia (betul ke cikgu cakap macam itu). Aku dah lupa dah apa yang cikgu cakap. Tapi yang aku ingat cuma beri benda yang boleh diberi kenangan dengan hasil tangan sendiri. Itu saje yang kau ingat sebab cikgu ada cakap macam itu supaya dia boleh ingat tingkah laku seseorang melalui tulisan tangannya. Maklum la, tulisan tangan pelajar kan ada banyak perbezaan yang amat ketara sekali.

So, hari ini aku sedang memikirkan apa yang perlu aku buat dan apa yang harus aku beri pada cikgu ku ini agar cikgu dapat buat kenangan indah bagi kami khususnya pelajar prinsip perakaunan 2011/2012. Kalau difikirkan memang banyak ar barang yang boleh bagi. Tapi yang paling baiknya sekali sekarang ini adalah kad, kepingan ucapan dan lain-lain. Yang susahnya ialah aku ni bukan orang yang kreatif sangat.



Tambah pula barang yang diperlukan untuk buat kad pun tak ada. Mana pula dengan barang-barang lain. Aiiish, kena sedia dari awal ni kerana masa nak ambil result pun dah tak lama dah. Okay la itu, aku nak berfikir dahulu tentang apa yang boleh aku buat dengan perkara ini dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Yang ringkas pun jadilah. Yang penting boleh dijadikan kenangan yang tidak boleh dilupakan.



No comments :