Adui..... Frust rasanya bila dapat tahu yang drama The Moon That Embraces The Sun Episode yang nak hampir last itu ditangguhkan buat sementara waktu. Nampaknya terpaksa la bersabar sedikit. Habis ganggu perancangan aku (sebenarnya tak rancang ape-ape pun). Aku tak nangis ye seperti dalam gambar di atas. Hehehehe
Sebenarnya di sini aku nak luahkan rasa frust saje. Maklum la drama ini dah sampai ke kemuncaknya. Mesti la ramai orang nak tahu macam mana endingnya sama happy ke? sedih ke?? Tak tahu la itu.
Berhenti setakat itu dulu pasal benda ni. Sekarang tukar topik pulak.
Kelmarin, aku baru mula main semula game yang sudah lama ditinggalkan. Apa nama dah game itu ye. Dah lupa dah, baru saja main dah lupa takkan dah nyanyuk kot. Haaaaaa. Baru ingat nama game itu ialah Digimon World 4. Digimon World 4 ni game playstation 2 ni. Jangan tersilap pulak. Sebenarnya dah lama aku main game ni. Tapi sampai sekerat jalan saja kes nye asyik tersilap save je. Faham-faham le, main-main yang lain tersilap save yang ori punya. Habis hancur usaha main game ni. Jadi setakat situ je pada masa itu.
Tapi kali ini lain pulak sebab aku boleh berfikir sikit. Kalau dulu itu lain la sebab masih lagi noob. Sekarang ini aku rancang nak upkan level digimon yang aku create sampai jadi kuat (ye la takkan upkan level jadi makin lemah). Kuakuakuakua. Lawak bodoh ke ape. Jadi itu saja la yang tengah bermain di kepala otak aku hari ini melainkan dah tak ada perkara lain nak buat. Ni gambar game yang aku katakan tadi. Sila tengok yer.
Ni digimon yang aku guna |
Okay la itu. Nak berehat pulak ni. Kamsahamida sebab sudi membaca.
No comments :
Post a Comment