Friday, March 30, 2012

Karnival Pendidikan Mara

Salam

Hai semua, apa khabar sihat ke tak. Nak buat ayat formal untuk hari ini (patut ke). Hari ini aku tak ada buat apa pun cuma berehat sahaja dek letih sangat merantau semalam. Selain itu, aku jugak main jugak game serba sedikit bagi membuang rasa bosan yang amat itu. Aku main Permainan yang amat simple saja serta memerlukan sedikit pemikiran untuk menghabiskannya.

Boleh percaya ke menang tanpa kalah sekalipun??
Sepatutnya aku cerita pasal ini semalam tapi dah letih sangat kan nak buat macam mana.

 Kelmarin aku pergi la ke Karnival Pendidikan Mara di stadium pada pukul 9 pagi. Sampai itu terus saja aku pergi berjumpa dengan rakan-rakan yang hendak pergi bersama-sama. Jadi kami singgah di bebarapa pameran seperti UNITEN, UTEM dan lain-lain lagi. Banyak informasi yang kami peroleh pada masa tersebut. Memang  ramai orang yang berbeza jugak ragamnya. Setelah selesai singgah di setiap pameran yang kami ingin kunjung itu. Kami pergi jalan-jalan ke Pesta Buku sterusnya jalan di tempat lain tak bukan di KB Mall.

Rasanya tak perlulah aku nak cerita pasal itu. Tapi apa yang penting kami dapat jugak pengetahuan tentang peluang kerjaya dan pendedahan tentang bidang yang kami ingin ceburi walaupun sedikit kuman pun(nak cakap sikit saja). Untuk itu aku nak ucap terima kasih kepada dua rakanku iaitu Farid dan Imran kerana sudi temani aku semasa di sana. SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI KAWAN.




No comments :